/Home/Aku/

Tuesday, May 29, 2012

TERPAKSA DALAM ISLAM


Ustaz Azhar Idrus :

Bertudunglah walau TERPAKSA, Solatlah walau TERPAKSA, Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita ketemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-NYA
Kalau nak ihlas sampai bila nak tunggu beribadah. Hidayah perlu dicari bukan TUNGGU, Macam makanan, perlu disuap, bukannya datang masuk mulut sendiri.

Ini kisahku untuk tujuan berkongsi sesama kita
Assalammualaikum sahabat sekalian yang sudi membaca
Pertama sekali syukur Alhamdullilah kepada Allah yang maha pengampun, pengasih, maha kaya, dan maha sgala-galanya bagi diriku yang kerdil ini.

Aku sekolah agama sejak tahun 1 sampai tahun 4, sepanjang tahun itulah tudung aku selalu terbang lepas balik sekolah, keluar ja pagar sekolah, tudang pun hilang... pergi kedai beli aiskrim dalam plastik, tak pa la masih budak2 kan.... :)

Kemudian aku tahun 3, ada seorang ustazah ni mulut jahat lah bagi aku, selalu kutuk aku pasal tak pakai tudung, cakap rambut aku macam nenek kebayan la, kawan aku yang pakai tudung lagi cantik... seriously... I don't care... I tidak mahu pakai tudung suka hati aku la.... ko apa kes

Bermula tahun 5, aku pakai tudung kira ok dah... sampai rumah aku masih pakai tudung, tak sampai luar pagar ja..., psal aku masuk kelas arab la konon...then aku pakai tudung sampai tahun 6, they said girls must wear hijab because there Muslim, Muslims girls do covered their aurat ... I was like, ok ... fine

Masuk sekolah menengah, aku ingat time form 1 ada jugalah sekali dua terbang tudung aku psal masuk longkang time camping, alasan aku masuk longkang, apa ble buat, tanggallah tudung tu...

Then, Form 2, my ustaz said
Ustaz : Kita buat sesuatu tu semuanya kerana Allah, perempuan pakai tudung kerana Allah
Aku : entahlah ustaz, aku pakai tudung bukan juga psal kena suruh, tapi sudah terbiasa          ( series time tu aku tak faham n tak rasa apa2 bila dia cakap *pakai tudung kerana Allah* )
Ustaz : Takpah, baik dah tu pakai tudung, tapi kena ingat semuanya kerana Allah
Aku : terkulat-kulat * masih tak faham, even orang cakap buat kerja kerana Allah, belajar kerana Allah pun aku masih tak faham benda ni ) * jahilnya diri hambamu ya Allah *


Sepanjang sekolah menengah aku  terus bertudung, bertudung yang boleh dikatakan agak sempurna, bukan lagi keluar pagar sekolah  tudung terus hilang... masuk longkang pun aku tidak kisah, pakai tudung juga... aku rasa semua itu lebih kepada perasaan malu yang Allah ciptakan. Syukurlah.... Alhamdullilah....

Kemudian aku masuk IPG, di semenanjung Malaysia... 
sebelum masuk IPG, aku sebulan di Matrikulasi Labuan
sebelum tu aku PLKN 1 bulan ( faham2 la jah oi... aku ni grup menanguh )
dan sebelum semua itu, aku selalu tinggal mana-mana.... haha
ada sesetangah sahabat yang menunjukkan contoh, yang mana bila masa mereka berada diruma orang lain
mereka tidak akan menanggalkan tudung, kerana ada bukan mahram mereka disana

barulah aku faham menutup aurat adalah untuk melindungi diri kita daripada bukan Mahram dan itu semuanya adalah untuk Allah semata-mata,  kerana Allah berfirman :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya  dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka : dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka perempuan, atau perempuan-perempauan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji, atau orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka : dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya . (Surah An-Nur, ayat 31)

Hikmah Allah mewajibkan kita bertudung adalah untuk melindungi wanita
Tudung itulah yang akan menjaga mu sebagai seorang wanita

* Seorang ustaz berkata : Marah aku kepada Allah , tetapi betapa Allah sayang kita dan sentiasa punya rencana yang lebih baik *

Punyalah aku dulu benci dengan ustazah itu kerana selalu mengutuk aku yang tidak memakai tudung, mungkin ada hikmahnya, cuma aku berharap kalau kita menasihati seseorang jangalah mengutuk, gunalah cara berhemah, 

* Seorang wanita yang aku kenal berpesan : Apabila Allah berikan kita Hidayah, jangan sombong, jangan mengutuk mereka yang belum beroleh hidayah, hidayah itu adalah dari Allah, siapalah engkau untuk mengutuk ciptaanya *

Pesanan utk sahabat : Allah bagi kita hidayah bertudung, janganlah mengutuk mereka yang berpakaian seksi, Allah bagi kita rezeki kahwin muda, mengapa harus kita mencaci mereka yang bercouple, mengapa tidak kita mendoakan mereka beroleh rezeki seperti kita juga,  Allah beri kita hidayah untuk solat sepenuhnya, mengapa kita tidak mengajak mereka namun berbuat sebaliknya. 





Saturday, May 12, 2012

Get well soon, Dear ....

I thought last year I was immune with any disease until this recently I been infected with serious cough and flu
" suddenly you realize... Oh Dear... who are you to have such thought on your lovely mind ", aren't you ever heard that normal people do get sick. Yeah, I thought I was fine. But then I been infected twice in a month, what on earth am I to ever think so. Oh... what a pathetic myself long ago. Thus, now I am just pray to God that this may not be longer than I can hold to.

* Kerana sakit itu adalah hadiah dari Allah yang maha esa untukmu, berbahagialah kerana Tuhan sudah mula menghiraukanmu, kerana diberinya kau dugaan, maka dia begitu sayang padamu. Kerana sakit itu adalah pemusnah dosa-dosa kotormu. Amin... Alhamdullilah *

Friday, May 4, 2012

Lelaki Separuh Abad

Kau lelaki separuh abad yang susuknya sempurna tetapi berlagak betina
Kerana kau sangka kau cukup arif maka kau melihat yang lain hanya di tepi gantang
harus kau tahu bahawa mereka bukanlah melukut seumpamanya
Kau lupa hidup di  bumi ini bukan landai, ianya serupa roda
manusia belajar dan terus belajar
tapi engkau melihat kegagalan sesuatu yang jijik
hingga mereka malu dalam nada benci
salah mereka atau engkau bersalah
Tapi lirikanmu penuh perlian
apa kiranya yang cuba kau sampaikan
kau berlagak umpama yang lain tidak layak
hakikatnya kau menipu untuk berada selayak itu
Dari diri mu saja sudah kau dusta
Dilahirkan Allah sempurna sebagai sebagai kaum adam
tetapi manafikankannya kerana kau kira lagaknya hawa itu sempurna
namun kau tidak tahu peri sakitnya

Kau lelaki separuh abad melirik tajam hidupan di sebelahmu seperti sampah
kau lupa dirimu juga pernah menjadi sampah
apa kau kira sampah itu terlalu jijik
sedang sampah boleh jadi lebih mulia
andai khalifah tekun dengan tugasnya
menabur ilmu tanpa keangkuhan tetapi kasih sayang

aduh, sayangnya dirimu lelaki separuh abad
kau lupa kita ini sama
namun mengapa engkau terlalu mentabik dada
apa kau kira penipuanmu tidak bocor
apa kau kira hidupan yang anggap sampah mengaggungkanmu
apa kau kira sekalian kami tidak tahu
kau lihat perjalanan ini luas
kebenarannya ilmumu hanya sejengkal
tetapi sedih hati apabila kau terlalu mengangkatnya
kau lihat perjalanan ini panjang
mungkin kita ketemu lagi
di suatu arena
akan aku berbicara dengan mu
lagaknya perawan suci
penuh ilmu didada
masih menunduk malu
kerana aku juga pernah menjadi sampah itu
aku tidak ingin jadi seperti kau yang lupa hakikat karma