/Home/Aku/

Friday, May 4, 2012

Lelaki Separuh Abad

Kau lelaki separuh abad yang susuknya sempurna tetapi berlagak betina
Kerana kau sangka kau cukup arif maka kau melihat yang lain hanya di tepi gantang
harus kau tahu bahawa mereka bukanlah melukut seumpamanya
Kau lupa hidup di  bumi ini bukan landai, ianya serupa roda
manusia belajar dan terus belajar
tapi engkau melihat kegagalan sesuatu yang jijik
hingga mereka malu dalam nada benci
salah mereka atau engkau bersalah
Tapi lirikanmu penuh perlian
apa kiranya yang cuba kau sampaikan
kau berlagak umpama yang lain tidak layak
hakikatnya kau menipu untuk berada selayak itu
Dari diri mu saja sudah kau dusta
Dilahirkan Allah sempurna sebagai sebagai kaum adam
tetapi manafikankannya kerana kau kira lagaknya hawa itu sempurna
namun kau tidak tahu peri sakitnya

Kau lelaki separuh abad melirik tajam hidupan di sebelahmu seperti sampah
kau lupa dirimu juga pernah menjadi sampah
apa kau kira sampah itu terlalu jijik
sedang sampah boleh jadi lebih mulia
andai khalifah tekun dengan tugasnya
menabur ilmu tanpa keangkuhan tetapi kasih sayang

aduh, sayangnya dirimu lelaki separuh abad
kau lupa kita ini sama
namun mengapa engkau terlalu mentabik dada
apa kau kira penipuanmu tidak bocor
apa kau kira hidupan yang anggap sampah mengaggungkanmu
apa kau kira sekalian kami tidak tahu
kau lihat perjalanan ini luas
kebenarannya ilmumu hanya sejengkal
tetapi sedih hati apabila kau terlalu mengangkatnya
kau lihat perjalanan ini panjang
mungkin kita ketemu lagi
di suatu arena
akan aku berbicara dengan mu
lagaknya perawan suci
penuh ilmu didada
masih menunduk malu
kerana aku juga pernah menjadi sampah itu
aku tidak ingin jadi seperti kau yang lupa hakikat karma

No comments:

Post a Comment