/Home/Aku/

Thursday, August 9, 2012

Syukur

Syukur aku dikurniakan ibubapa berbeza bangsa, terlalu banyak ilmu dari mereka berdua yang dicurahkan untuk sekian lamanya, sepanjang nafas masih bergetar. Ibuku berbangsa Cina Hakka, dan Bapa berbangsa Bajau.

Syukur dikurniakan keluarga yang pelbagai bangsa, ada saudara yang masih kecil berbangsa Timor Leste yang tolong jaga nenek, biarpun ada orang persoalkan bangsa Timor Leste di Sabah, ada aku kisah. Yang aku tahu, dia pun saudara aku juga, dan dia tolong jaga nenek aku, sedang aku tidak dapat kerana belajar di Semenanjung. Meski ada yang cakap mereke tidak layak dapat IC.

Syukur ada sepupu pelbagai bangsa,  sino campur bugis, walaupun ada yang persoalkan kewujudan Bugis di Sabah,  mereka bilang Bugis itu orang Indonesia, patutnya balik ke Indonesia saja, ada aku kisah, yang aku tahu, ibu sepupuku yang berbangsa Bugis itu macik aku. Kawin dengan pacik aku bangsa Sino iaitu Dusun campur Cina. Syukur ada sepupu campuran dusun dan bajau.

Syukur dipertemukan dengan nenek baru yang selalu cium aku setiap kali jumpa, dia Pelarian Perang Minadanao Filifina. Dan Isteri kepada Pakcik Bongsu juga campuran Filifina dan Cina

Ramai cakap pasal bangsa Filifina a.k.a Pilak dan Bugis di Sabah. Aku nda Kisah, yang aku tahu Allah telah hantar orang yang baik-baik ini dalam hidup aku. Jaga nenek aku yang berbangsa Dusun yang selalu keseorangan di kampung. Ajar aku yang hidup mereka susah menjadi magsa perang, dan aku hidup senang disini

* Sungguh Ironik buat sesetengah manusia yang simpati terhadap kebuluran di Afrika dan sebagainya, tapi baru saudara negara seberang datang memohon pertolongan kerana di Indonesia, hidup mereka susah, di Filifina, mereka mangsa perang, begitu juga di Myanmar dan Thailand, terus saja mengatakan mereka itu pendatang asing, tidak patut ditolong, aku tahu kebencian seumpama wujud kerana ada sesetengah dari bangsa Filifina dan Bugis dari Indonesia yang membuat onar di Negeri Kesayangan kita, Sabah. Tapi apakah semua dalam kalangan mereka yang datang ke Sabah membuat onar, apakah bangsa Dusun, Cina, Bajau, bumiputera Sabah yang lain terlalu suci, tidak membuat sebarang masalah. Fikir-fikirkanlah. Ada baik dalam kalangan yang buruk, ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh.

Syukur dikurniakan kawan-kawan di Semenanjung pelbagai bangsa, Melayu Pantai Barat, Melayu Utara, Sarawak dan sebagainya. Di Tanah Lipis ini aku bertemu sekalian manusia, dan terus belajar tentang makhluk ciptaan terbaik Allah yang maha mengetahui.

Syukur dikurniakan rakan sekelas yang aku panggil " Truly Asia" dan rakan sebatch truly "1 Malaysia " . Di Sabah, agak kurang bangsa India, kawan pertama bangsa India aku ialah di PLKN, yang terlalu rapat dengan kawanku yang berbangsa Dusun. Datang ke semenanjung aku belajar serba-sedikit tentang bangsa ini, jujur aku tidak pernah terjumpa kuil di Sabah, secetek itulah perngetahuanku, dan syukur aku terus belajar. Seterusnya dihiasi dengan kawan berbangsa Cina, dan Melayu, dan dua orang lagi Sahabat dari Sabah, kiranya merekalah keluargaku disini * itulah yang ibuku katakan*

Sykur aku lahir di Sabah, aku tahu kepelbagaian agama dan belajar menghormatinya, aku pernah ke tokong kerana pakcik ibuku meninggal, dan ibuku ke tanah perkuburan cina, aku selalu bermain badminton di dewan gereja St. Theresa, Kota Marudu, Sungguh aku syukur . Aku juga pernah makan di kedai cina, dan kedai India.

Aku hidup dalam roda kehidupan yang sangat meriah, keluarga dan rakan yang pelbagai bangsa dan agama. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku, mengajarku. Aku percaya semua agama baik, tapi bukan semua penganutnya baik, kerana itu jangan menilai agama kerana penganutnya berbuat jahat. Tapi alangkah sedihnya   berapa ramai yang membuat kesimpulan mudah, sama seperti aku percaya bukan semua yahudi jahat, dan bukan semua Islam baik, bukan semua buruk itu dari Amerika, andai kita berbeza pendapat, jangan kita cemarkan dengan kata-kata cacian, dengan tabik dada bahawa kita lebih tahu, dan andai aku diam, ketahuilah bahawa aku percaya, aku tidak sepandai kau, dan juga tidak sebodoh kau, dan aku berada di antara garisan itu.

No comments:

Post a Comment