/Home/Aku/

Thursday, October 4, 2012

Makhluk itu tahu segalanya


Nama tempat itu rahim,
Tanah keajaiban, keagungan tamadun
Disana naluri yang disemai bukan sekadar kasih
ia cinta yang lebih hebat dari segala cinta

Nama tempat itu rahim,
disana dunia pertamamu duhai kita
disana, kau tiada siapa-siapa
melainkan denyutan jantung pemilik rahim

kau melihat dunia
kau mulai lupa tanah pertamamu
kau mulai lupa
Semasa kau berada di sana
Tuhan hantarkan satu anugerah kepada  ibumu
Anugerah bak sentuhan midas
setiap kata akan menjadi mukjizat
atau sumpahan
kerana anugerah itu adalah bayaran untuk setiap kesakitannya
bayaran untuk cintanya padamu
kerana kasihnya
yang lebih hebat dari mana-mana cinta didunia ini

Kau percaya dia tidak tahu apa-apa tentang duniamu yang serba baru
Kau percaya dia salah, dan kau betul
kau percaya masa sudah berubah
kau lupa ada satu perkara yang tidak pernah berubah
asalmu dari rahim itu
dan dia pemilik mutlakmu selain Allah

Sampai masa tiba,
masa tunjukkan segala-galanya
kalau dia katakan tidak
percayalah Tuhan sudah mengiringi doanya
andai kau keras
nanti Tuhan tunjukkan jua
kerana perkataan tidak, jangan itu, adalah sumpahannya
kerana Allah pemilik kita.

Justeru harus kau ingat
makhluk itu sudah diberi anugerah
bukan dengan akal
tetapi dengan hati menggerakkan akal
hatinya mungkin kotor, tapi dari situlah asalmu
hatinya mungkin suci, dan dari situ jugalah asalmu
sehina mana dia, sejahat mana dia, dialah yang menanggung sakit,
andai kau bertuah kau akan rasa sakit itu nanti
kemudian kau akan rasa anugerah itu

Anugerah itu
nampaknya berbeza-beza, tetapi hakikatnya sama
dia punyai hati yang tahu segala-galanya
tanpa perlu mencari
kerana hati itulah anugerahnya
yang dikurniakan saat kau disemai dalam rahimnya




No comments:

Post a Comment