/Home/Aku/

Tuesday, April 30, 2013

Allah Menjagamu

Siapa kau mendakwa Allah menjagamu
Sunggah kau bukan siapa-siapa
dalam agama kau hanya orang biasa-biasa yang jarang sekali ketemu di Surau
tapi sungguh Allah menjaga dengan caranya sendiri
Kau tidak pernah tahu bagaimana
apa yang kau tahu
ada satu kuasa memeliharamu
menjadikan kau berbeza
ada bertanya satu soalan
sebenarnya banyak yang bertanya
dan kau kaku
berharap kalau kau dapat menjawab dengan jawapan yang terbaik
namun belum pasti mereka faham
Jawapan ada nama Allah dalamnya
iaitu Allah sedang memelihara insan tersebut
dengan cara yang tidak dapat dizahirkan oleh manusia
kau boleh saja senang berpaut pada mana-mana pautan buaya
namun Allah hadirkan insan digelar Ummi menjadikan kau tegar
meskipun peluang itu ada
mungkin Allah hilangkan rasa itu
kerana Allah tahu
kau belum cukup sedia
akalmu berkata aku sudah cukup dewasa
sungguh Allah yang memelihara
berfirman Sungguh sesuatu yang kau sangka baik itu tidak semestinya cocok buatmu
sedangkan yang kau sangka durjana itu belum tentu tiada manisnya.
Banyak yang bertanya
mungkin suatu masa nanti kau bisa menjawab dengan yakin
mentafsirkan apa yang terbuku
bahawa bukan semua yang indah itu untuk dimiliki
kadang-kadang ia cukup bukti bahawa Allah hadirkannya untuk mengajar kamu dan aku.

No comments:

Post a Comment