/Home/Aku/

Tuesday, April 30, 2013

Kawan

Aku punya kawan yang menghambakan diri pada dunia
Semoga dunia itu membelamu di akhirat
Aku juga punya kawan yang taksubkan akhirat
Hakikatnya dia percaya jalannya di jalan yang betul
aku tiada apa untuk dikatakan
meskipun kadang-kadang aku percaya sungguh Nabi Mulia Rasul Allah
tiada mendidik sekalian rupa
aku tiada apa untuk dikatakan
kerana menurut mu itu kebenaran
Seiring kita berjalan
Kau kenal aku kawanmu
dan kau kawanku
dan aku percaya suatu hari nanti
we will stop taking care of each other
Mungkin cara kita berbeza kerana
aku diajar dengan dengan dunia yang kau tidak pernah tahu kewujudannya
Sungguh dunia itu wujud
tapi sukar sekali ditafsirkan dengan air liur yang tersepah
melainkan kau di bahu ku
Kau meletakkan tempatmu di satu tempat yang kau panggil awesome
sungguh ada apa dengan tempat itu
apa kau pasti ia akan menemani mu di kubur
Maaf, sungguh ini bukan aku menilai mu
cuma apa yang aku rasa patut kau fikirkan semula
Kawan

No comments:

Post a Comment