/Home/Aku/

Friday, May 24, 2013

Dalam sekelip mata

Dalam sekelip mata
apa-apa milikmu Tuhan boleh ambil
Seorang gadis cantik disimbah asid tengah jalan
Hancur luluh keyakinannya
Seorang jejaka hensem
baru siap kemalangan, remuk tulang rahangnya
Manusia tunduk malu saat dia ditunduk

Dalam sekelip mata
Aku berubah hati memaafkan
bukan kerana sakit sudah hilang tapi
kerana aku memilih melihat pada kebaikan
aku harap gadis tadi belajar mengangkat dagu semula
bukan kerana dia baru selesai plastic surgery
tapi baru selesai muhasabah diri
dan lelaki hensem tadi mula belajar senyum semula kerana masih punya nyawa

Dalam sekelip mata
kita tunduk lagi
kerana sekian lama sang wajah aman damai
akhirnya ditumbuhi cendawan jerawat
mungkin kerana terlalu mendagu
lupa asid ada ditepi jalan
kerana banyak yang lalu -lalang
Ah, jerawat, buat wanita kucar-kacir
sama macam pms
buat wanita menari di katil

Dalam sekelip mata aku senyum
bukan kerana tidak sakit lagi
tapi kerana aku mungkin sakit nanti
jadi aku pilih untuk senyum dulu
penat tengok jerewat
Orang tanya kau kena alergik ka
amboi... Hi, jerewat bukan main penangan kau
buat aku punya rasa hilang
sekejap main puisi, sekejap main perasaan.

Dalam sekelip mata
tuan puan jerawat hilang
penat dah duduk kampung rasanya
penat dah bayar sewa rumah nampaknya
Hilanglah kau wahai jerewat
buat puisi ku mahu bicara rasa, jadi bicara jerawat
Hilanglah kau wahai jerawat
kuseru
Dalam sekelip mata


No comments:

Post a Comment