/Home/Aku/

Thursday, June 20, 2013

Kawan

Aku ada kawan
Yang selalu tiada dengan aku
mereka cuma ada bila aku perlu
dan aku juga ada bila mereka perlu
macam tu la kami
dan itu sudah lebih dari cukup bagi aku
Mereka ada bila aku lupa apa yang lebih penting
Mereka ada bila aku sudah tiada suara untuk berkata-kata
Mereka ada bila aku sudah buta
Mereka ada bila aku semak
Mereka ada bila aku mahu teriak kuat, dan still mereka setia untuk mendengar
Mereka ada bila aku mahu membebal, biarpun kadang-kadang masing-masing tak faham apa yang dibebelkan
Kami cuma ada untuk mendengar, dan itu sudah lebih dari cukup
Mereka ada bilamana aku fikir mati lagi indah
Mereka ada bila aku mula melukakan
Mereka itu tiada dengan aku selalu
tapi sangat menyenangkan setiap kali aku jumpa mereka
Mereka sangat membahagiakan
Biarpun sekali sekala, itu sudah cukup bagi aku

No comments:

Post a Comment