/Home/Aku/

Saturday, June 8, 2013

Penat

Aku sakit
kerana itu aku cari ubat
sedang mencari aku penat

Penat bila tahu ubat tiada
tapi pencarian itulah ubat
Mungkin kalau kau pernah
terlentang di meja bedah
baru kau tahu rasanya

Aku Penat
Gila penat
kalau boleh aku mahu mengaku kalah
biarkan jadi macam dulu
Tapi dulu lagi penat
kena jumpa doktor
aku benci hospital
aku benci ubat

Aku penat
tapi aku tiada pilihan
aku lagi penat lihat orang ketawa tidak faham
mungkin kalau kau pernah hiris kulit sendiri
baru kau faham
macammana sakit aku
mungkin lepas itu baru kamu berhenti bercakap kan

Aku Penat sumpah aku penat
Air mataku habis sudah tumpah
tekakku kering
mukaku merah
tisu habis basah

Aku Penat
Ya Allah aku Penat
Ampunilah dosaku Ya Allah
Sungguh aku penat  jadi kuat
Orang tidak faham
aku tidak minta pun orang faham
aku cuma mahu mereka bisu kalau mereka tidak faham

Ya Allah Ampuni dosaku
kerana fikir aku seorang saja yang penat
Ampuni dosakuku kerana aku lupa orang lain pun sakit


No comments:

Post a Comment