/Home/Aku/

Saturday, July 6, 2013

Anak muda

Kata bapanya,
akanku belikan dunia ini buatmu
untuk diarak ke kubur nanti
buat temanmu disana
Bapanya lupa
anaknya lupa
mungkin tidak cukup duit
maka kempunan membeli dunia
jadilah si anak kehausan di kubur

Kesian si anak,
bapaku salah, katanya nanti dunia akan teman aku dikubur
Kesian si bapa
duit tak cukup anak, rumah banglo, baju mahal,
kasut mahal, handphone mahal, fancy vacation
itu ja bapa mampu
nak beli dunia, tak cukup duit lagi
si anak mencebik,
katamu kau belikanku sedunia
buat peneman di kubur
nanti kau mati bapa
pergi persetan kau dikubur

Kesian si bapa
kesian si anak
kata bapa, aku cuma mahu kau rasa senang
tapi mengapa sampai kau persetankan aku
aku sudah belikan segalanya buatmu
cuma dunia ini saja, tidak mampu ku belikan
kerana dunia ini hakikatnya tak dapat kita arak ke kubur

Kata si anak
ah, dulu kau cakap
akan kau belikan dunia, buat temanku di kubur
pergi persetan kau mati di kubur

Aku kesiankan si anak muda, dan si bapa tua
berdua jiwa mereka kosong, berjoli di kota besar
diceritakan hal agama, menggelakkan tahunya
dikhabarkan dunia lebih kecil dari sebutir pasir
masih terhegeh pergi hospital, memancungkan hidung
mana tahu dalam kubur boleh jadi paling hensem

No comments:

Post a Comment