/Home/Aku/

Tuesday, July 9, 2013

Merepek

Sebenarnya kami hanya merepek
dalam bahasa sendiri
fikiran sendiri
menulis, bukan
kami hanya merepek
untuk diri sendiri
paling kurang untuk dibaca waktu tua nanti

Kami hanya merepek
generasi kami sebenarnya banyak merepek
generasi bawah kami pula
susah nak cakap
* semalam baru leak video couple 7 hari,
actually nak mention dia generasi bawah aku sikit... kahkah

Kami generasi PPSMI,
Generasi yang di tengah-tengah
di tengah-tengah kegemilangan Steve Jobs
dan di kelewatan batu seremban, galah panjang, patung barbie
macam-macam lagi lah
sedih tengok budak zaman sekarang
pasal duk main dalam tab yang dibanggakan sangat tu
duk mengadap ps2 je * aku tak pernah main ps2 ni...

Kami la generasi bawah sikit dari Fynn jamal
dekat sikit dengan mat luthfi
yang menulis kadang-kadang macam merepek
* aku je merepek, dorang tak
yang berbicara kami faham bukan semata-mata
untuk dibaca, untuk I folo u, U folo I
ketika zaman kegemilangan blog, sebelum Instag wujud
kerana satu gambar menceritakan sejuta kata... kehkeh, ye ke

Kami generasi yang aku sebenarnya boleh berbangga sikit
coz at least kami main biji getah
pasal tu kami generasi yang suka merepek
yang banyak kena hantar ke seberang laut
untuk belajar hidup manusia di dunia Atlantic City
* Mudah-mudahan suatu hari nanti aku dapat rezeki tu nak belajar Sejarah Atlantic City
Kot-kot tahun depan dah wujud dengan sahnya

Generasi kami rindu semasa di seberang laut
maka merepek la kami dalam bahasa dalam-dalam yang dalam
syukurnya generasi kami ramai
ramai-seramainya
wujudlah insan-insan seperti --------
yang belajar tinggi-tinggi di sebelah laut
still menulis dalam bahasa Melayu
sekali-sekala menulis dalam bahasa Inggeris dianjingkan
kononya omputeh dah
hmmm... itulah masalah sesetengah generasi kami
yang merepek, dengan repek2nya, yang macam rempeyek
yang cakap tak guna otak, yang dah hampir dengan generasi
video bf si couple 7 day * ini bukan m'gutuk okay
dia penanda aras utk generasi dia, sekarang dia tengah hot
macam bidang politik pula, penanda arasnya saiful dan anwar

Merepek, I am just merepek okay
untuk diri sendiri
untuk dibaca waktu tua nanti
InsyaAllah kalau ada rezeki,
aku nak study bab daun dengan stomata2nya
dan mana tahu aku jumpa Atlantic City kat mana
pas tu aku merepek lagi, sengaja menunggu jam 12 tengah malam
Salam Rahmadan.

No comments:

Post a Comment