/Home/Aku/

Friday, September 27, 2013

Jodoh

Aku mencuba sehabis baik
kemudian aku serahkan kepada yang maha kuasa
Tolonglah ya Tuhan
kataku

semalam aku cuba berikan kau ubat dengan tangan
nampaknya tidak berhasil
aku takut kau masuk ICU

Orang kata, kan ada peganti yang lain
macam kumbang dengan bunganya
aku cuma harap
kita bertahan lebih lama
mungkin dalam 5 tahun
maka setelah itu pasrah

Semoga dipanjangkan jodoh kita
wahai Laptopku yang sudah banyak berjasa
Alhamdullilah
sekarang sedang menaip
Kau perlu air suam nampaknya .... :)

Tuesday, September 24, 2013

Hilang Rasa

Jam terus berpusing
dan kaki terus berjalan ikut arahan
bukan ikut hati
Jam berpusing2
lama2 jadi zombi
Hilang rasa,
hanya menghirup udara untuk bernafas
dan terus hidup
semua orang akan mati,
tapi bukan semua hidup

HILANG, LOST
ntah, siapa
roh, jasad
dua2 mau mati
penat
jahanam
Lupa Tuhan ko ya....



Wednesday, September 4, 2013

Penat

Kita penat jadi kita
kita yang baik rasanya
yang selalu dianjing-anjingkan
kemudian bila kita penat
kita pun explode
dan apabila kita burst
tidak pula mereka berfikir
yang selama ini mereka menganjingkan
apa yang dianjingkan itu rela sahaja

Kata orang buat baik, takkan ada orang ingat
cuba buat sekali jahat
seumur hidup kau diingati
penat
nak menerangkan
bukan makin faham
makin buat-buat tak faham

Agaknya memang macam tu kan
bukan tanggungjawab aku buat kau faham
tapi dah memang kesian ni susah juga
harap-harap suatu hari nanti
kau faham dengan sendiri
masa tu
jangan lupa angguk-angguk kepala

bila kau buat kat orang
kau gelak
terus menganjing
bila kau kena nak pula diintan payung kan
hah
hahaha, gelak pun berubah
tak apa la
teruskan la menganjing
kalau dah penat
nanti menkhinzir pula

Terima kasih la ye ...