/Home/Aku/

Thursday, October 3, 2013

KEBAIKAN

Aku ingat kebaikan sudah hilang
sehingga aku jumpa insan-insan yang cantik ini
yang menabur budi
tidak kira masa

Mereka baik
buat aku lupa sumpahan
yang aku hembus sebentar tadi
pada insan-insan yang otaknya agak terlebih pintar

Mereka baik
buat aku malu
jadi jahat .... Hahaha

Mereka ini buat kau percaya
dunia akan jadi lebih baik
meskipun ada yang bangang
sungguh, aku tak nak guna perkataan ini

Kebaikan
ditabur, dan disemai
menjadi nadi mereka, dihembus dalam nafas
tanpa peduli, biar yang lain menghembus asap
mereka terus dengan KEBAIKAN
sebarkan

No comments:

Post a Comment