/Home/Aku/

Saturday, January 18, 2014

Reminder



I just realised all this time I was trying very hard to explain myself, what I've been through so that they will understand, so that they will learn, so that they will stop judge, until I stumble on this, telling me that I should never do it again, cause they will find their own way, if they want to learn. No matter how many times I try they will never get it, so instead of pushing myself to make a better world so this people learn about others, I have to stop, cause it's not about them, it's about me, letting go those who unnecessary, and maybe it's better to them not to understand at this time . Letting Go!

HAUS

Haus
untuk meninggalkan
berjalan
kerana kaki ini kurniaan
yang perlu digunakan untuk belajar

Haus
sakit di benak tekak
betul2 terasa
ditahankan
makin haus
buku yang baik
membuatkan kau haus
kerana cita2mu sama
macam haus untuk
masak sedap2
tapi kurang bahan
macam haus untuk menjahit
tapi tidak punya mesin

Berilah aku kesempatan ya Tuhan
untuk hilangkan haus ini
biar aku minum seluas alam
agar hilang perit tekakku

Friday, January 10, 2014

Jerawat

Nah, ini dedikasi untukmu
wahai jerawat
aku taknak tulis kau disini sebenarnya
tapi kau antara perkara sakit
antara perkara sakit yang jadi dalam hidup ku
lupa bukan perkara sakit
tapi perkara yang mengajar aku
tentang manusia
tentang macammana jadi berbeza

Kau ajar aku sabar
kau juga ajar aku menyediakan alasan
yang sebenarnya tidak perlu
kau ajar aku untuk menjelaskan perkara yang sia-sia
yang akhirnya aku sedar
ini semua tiada guna
mengapa memberi alasan?
mengapa menjelaskan?

Ini semua bukan kawalan kita
kau bangun pagi sedar2 sahaja
tuut, ada satu gelembung putih
kecil sahaja gelembung itu
tapi ajar kau macam2
pertama ajar dirimu sendiri
untuk terus bertahan
kedua, ajarmu tentang orang lain
senyum ya .... :)
semuanya akan jadi baik
dan ya aku akui
aku bukan lagi perempuan 3 tahun yang lalu itu
aku wanita yang sudah 3 tahun kini
makanya ada parut2 kecil di wajahnya
hilang flawlessnya.
Flawless ke ?
haha
Aku redha, manusia kan akan berubah
yang buruk tidak akan kekal lama,
begitu juga yang baik
dunia akan terus berputar
macam harga barang....???
Harga barang tak pandai turun doh
naik pandai la

Aku, sekian sahaja untuk J*r*wa* ....
never loving you
please leave as soon as possible
I have enough lesson already
leave!

Thursday, January 9, 2014

Menulis

Ku perlu menulis
Ku rindu menulis
untuk bacaan sendiri
untuk peringatan sendiri
Itu tujuanku

bila panca fikiran hilang
tapi hati sudah rindu
ku tetap menekan papan huruf
ligat
asal ada
kerana kadang-kadang panca fikiran
tetap tiada
tapi ada rindu kan
maka kuligatkan
kuturutkan saja tangan
panca dan tangan
Siapa yang gerakkan sebenarnya
hati, otak, atau tangan?