/Home/Aku/

Monday, May 19, 2014

Itu sudah cukup

Aku sudah faham
alasannya
kerana 4 tahun yang lalu
saat nafas aku hanya air mata
kau dengar setiap seduku di tangga itu

Saat aku mula-mula
belajar hidup di tempat baru
kau juga yang dengar tangisku

aku sedar ketakutan terbesarku
hilang kau sebagai
kawanku bermimpi
tempatku menangis
jadi tidak mengapa walau hanya aku
yang nampak beriya-iya
tidak mengapa walau hanya aku yang nampak sungguh-sungguh

Sebab kau antara sebab aku kuat
tiap kali aku ini tinggal satu, dua nafasku
maknanya walau tidak selalu berhubung
kau tetap ada mendengar
bukankah it sudah cukup
itu sudah cukup.


No comments:

Post a Comment