/Home/Aku/

Friday, May 9, 2014

Kau

Tuhan hantar kau untuk uji aku
makanya aku gengam hatiku kuat-kuat
aku lafazkan
sabar
tapi aku masih bertanya kepada Tuhan
Kenapa?
Kenapa kau kuatkan hatiku sebegini kuat
aku tidak mampu
namun monolog yang lagi dalam berkata
Tuhanmu tidak akan menguji kau sesuatu yang diluar kemampuanmu
makanya kau mampu

Aku sangka kau ujian
hakikatnya kau pengajaran
ilmu yang didik aku kemanusian dalam hatiku
saat yang lain putus asa dengan kau
kami berdua terus bertahan
terus sanggup
benarlah katanya
kami sudah tidak mampu ada amarah untukmu
Mungkin memang tanggunjawab kami menjaga kau
dia sebagai kakak, dan aku sebagai adik
sedang kau ditengah-tengah
cuma aku minta
kadang-kadang fikirkanlah
titik peluh kami ini
risau kami ini
sakit kami ini

No comments:

Post a Comment